SELAMAT DATANG KE BLOG KELATE ORI ... BEREH BLAKO SOKMO!

Search This Blog

Friday, 10 December 2010

BUDAYA: SENI SILAT CANTIK


Seni silat merupakan salah satu khazanah bangsa Melayu yang masih wujud hingga kini. Jika dikaji terdapat beratus-ratus jenis aliran seni silat di Negara ini. Masing-masing mempunyai nama yang unik dan gaya persilatan yang hebat. Namun tahukah anda bahawa di negeri cik siti wan kembang ini juga terdapat sejenis seni silat yang amat cantik dan menarik.


Seni silat yang dimaksudkan itu ialah Seni Silat Cantik atau Silat Jatuh. Ianya menjadi sangat unik kerana hanya dapat dilihat dan dipelajari di negeri ini sahaja dan ia amat terkenal di negeri Kelantan. Namun asal usulnya masih belum diketahui dengan jelas kerana tidak ada sejarah bertulis mengenainya.
Seni silat ini mengabungkan keindahan gaya gerakan tari silat dan juga kehebatan pesilat menewaskan lawannya. Diawal pembelajaran, murid-muird akan diajar cara bertari silat dengan baik terlebih dahulu. Apabila tari sudah kemas dan cantik, diajar pula cara bertapang (tapak empat). Ia adalah cara bertari sambil melangkah dalam 4 penjuru. Setelah boleh bertari dan bertapang barulah diajar cara berlawan(bergomol). Didalam silat ini tujuan bertarung adalah untuk menjatuhkan pihak lawan. Teknik-teknik seperti tumbukan dan tendangan adalah dilarang sama sekali. Ia hanya menggunakan kebijaksanaan pesilat untuk menjatuhkan lawan mereka. Jika dilihat secara kasar ianya sama seperti seni bela diri dari jepun seperti sumo dan judo.
Silat cantik biasanya diajar di dalam bangsal yang berdekatan dengan rumah guru yang mengajar. Tempoh belajarnya pula biasanya 2-3 bulan sahaja, namun jika anak murid ingin terus menambah ilmu boleh datang berjumpa guru untuk belajar. Yang uniknya juga tentang silat ini, ia juga turut dipertandingkan. Biasanya ia diadakan apabila ada acara tomoi dilangsungkan. Pesilat akan berlawan diatas gelanggang yang sama digunakan oleh ahli tomoi. Ia secara glamornye disebut stage oleh orang-orang Kelantan. Silat cantik juga banyak dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga dalam upacara menyambut orang-orang kenamaan di Kelantan. Biasanya ketika majlis perkahwinan permainan silat ini kelihatan agak nakal dan lucu kerana bertujuan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Sumber : http://www.kelantandarulnaim.com

MAKANAN: JERING REBUS

Jering yang telah direbus.

Jering rebus merupakan salah satu makanan tradisional yang agak popular di kalangan masyarakat Kelantan.Sehingga kini jering rebus masih lagi menjadi santapan dan masih ada kelihatan dijual di pasar-pasar sekitar Kelantan apabila tiba musimnya.Jering rebus biasanya akan dihidangkan bersama kelapa parut yang diadun dengan sedikit garam dan gula.Bagi mereka yang mengemari makanan ini,sudah pasti akan mendapatkannya apabila musim jering tiba.Bagi mereka yang tak biasa,sebagai saranan,rasalah..pasti anda akan menyukainya.

Jering rebus yang dihidangkan bersama kelapa parut.

Jering rebus ni ialah hasil dari jering tua yang direbus selama berjam-jam lamanya. Jering itu direbus dalam air yang dicampur dengan berbagai daun-daun termasuk kulit pokok jering itu sendiri. Ini adalah untuk membuang getah atau 'bisa' jering ini agar apabila kita memakanny kita tidak mengalami masalah kencing tidak lawas (Kkapit Jering). Menurut kata orang yang tahu kalau tak kena cara merebus jering ni, orang yang memakannya boleh terkena masalah ini. Kapit jering ni ialah rasa sakit ketika nak membuang air kecil dan air kecil tidak boleh keluar, macam tersekat, ada juga orang kata kena "dedas". Salah satu cara untuk menghilangkan "kapit jering ini adalah dengan cara merebus secebis kulit batang pokok kelapa atau kulit batang pokok jering,kemudian airnya diminum..
Jering yang dah direbus ni bukan saja boleh dimakan dengan kelapa parut tetapi boleh juga dibuat kuih. Antaranya kuih putri mandi.

LAGENDA: TOK JANGGUT


                                 Persemadian Tok Janggut.

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Biografi ringkas

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

* cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
* cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
* kelapa sebanyak 3 sen setandan
* sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.



Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tok_Janggut