SELAMAT DATANG KE BLOG KELATE ORI ... BEREH BLAKO SOKMO!

Search This Blog

Loading...

Friday, 24 December 2010

SEJARAH: LOMBONG BIJIH BESI, BUKIT BESI, TEMANGAN

Lombong bijih besi ini diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu "Oriental Mining Co.", di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan. Di sini bijih besi diangkut dengan menggunakan keretapi ke Pelabuhan Tumpat. Bijih besi tersebut akan dimasukkan ke dalam satu bekas khas di mana ianya akan diangkut pula ke kapal melalui jeti yang dibina . Dari kapal kecil ini, bijih besi tersebut akan dibawa ke kapal induk untuk dieksport ke negara Jepun.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun.
Selepas Peperangan Dunia Kedua, pengeluaran bijih besi masih diteruskan dilakukan oleh syarikat yang sama tetapi kini ianya di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 dimana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan.


Sejak itu, Jambatan Bijih ini telah tidak berfungsi lagi dan dibiarkan tidak terurus. Kini yang tinggal hanyalah kesan runtuhan yang menjadi bukti sejarah.
Saya sendiri pernah beberapa kali mendaki bukit ini sekitar tahun 1993-1995 dan berada di puncak bukit ini serta melihat sendiri panorama persekitaran yang mewah dengan flora dan fauna yang ada.Antara spesies fauna yang terdapat di sini ialah beberapa jenis pokok bongsai dan juga aneka orkid-orkid liar yang tumbuh segar dan berpotensi untuk dikomersialkan.


Kini,setelah sekian lama ia dibiarkan tanpa terurus,ia telah kembali diselengarakan untuk tujuan pengeluaran semula bijih besi yang terdapat di sini oleh syarikat Pakar Ganda Sdn Bhd dengan usahasama Komeichi Maruten (M) Sdn Bhd sejak dari tahun 2006. Secara tidak langsung ini telah dan akan terus memberikan peluang pekerjaan dan daya peningkatan hidup buat anak tempatan di sekitar Machang, Temangan Khususnya.

7 comments:

eric said...

hi! kamu ada tel# Syarikat Pakar Ganda Sdn Bhd, in Kelantan..? terima kasih!

Anonymous said...

pembukaan semula lombong ini tidak membawa manfaat kepada penduduk setempat pun. malah banyak kemusnahan yang berlaku, contohnya jalan kampung semakin rosak.berlubang sana sini, kematian akibat lubang yang besar di tengah jalan. pihak syarikat hanya memikirkan keuntungan tanpa mehiraukan keselamatan para penduduk. lori yang besar membawa muatan bertan-tan memandu lori dengan laju. keselamatan anak anak kecil tidak terjamin.

Anonymous said...

Itu harga yg perlu kita bayar utk menikmati pembangunan. Itu sudah menjadi lumrah..suka atau tidak kita terpaksa terima hakikatnya..

Anonymous said...

hi eric..kalau awak nak deal dgn pakar ganda awak boleh email saya aril9553@yahoo.com. saya kwn owner.

Anonymous said...

Taik ahh.. Bijih besi nyusoh ko ore kg jah....tanah abik xbayar.....babi sek bijih....

Anonymous said...

Malayu jadi balaci cino jah......tipu ore kg hok xskoloh....abik tanah xbayar sesen kurap....kolam jadi cetek habis.....banjirkilat sana sini nyusoh ko ore kg bengo mung xsoh dok banggo sangat rr....aku ore kg tuh.....aku tahu keburukan yg berlaku selepas pembukaan bijih besi tuh.....

Anonymous said...

mmg patut pun melayu jd balaci cina..selagi budaya puak melayu ni dok mampus sama sendiri ada selagi tu la melayu jd tukang basuh taik cina jah..tgk bahasa sini boleh tau dah setara mana otak malayu..nak maju mcm kalau bahasa hok dok guna pun jenis caca merba..puiiiiiiiiiiiii..