SELAMAT DATANG KE BLOG KELATE ORI ... BEREH BLAKO SOKMO!

Search This Blog

Saturday, 11 December 2010

BUDAYA: ASAL USUL DIKIR BARAT

Awok-awok Dikir Barat
                                                                         
Dikir barat bukan saja terkenal di Kelantan dan negeri-negeri di sekitarnya malah hingga ke Singapura. Dipercayai bahawa Dikir barat diperkenalkan di Tanah Melayu mulai tahun 1930 oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Salleh b. Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh Tape atau (Mat Leh Tape).


Mat Leh Tape

Gelaran Tape dihujung namanya adalah panggilan mengikut nama sebuah kampung iaitu Tapang. Kemungkinan juga kebudayaan ini diasaskan beliau di Kampung Tape.

Persembahan Dikir Barat
                                                                   
Terdapat teori yang mengatakan ia dibawa masuk dari Patani di selatan Siam. Di selatan Siam ia dikenali sebagai dikir karut tetapi disebabkan perkataan karut membawa erti tidak benar menyebabkan masyarakat Kelantan menukar memanggilnya dengan nama dikir barat iaitu merujuk kepada tempat asal dikir itu.

Teori yang kedua berpendapat bahawa dikir barat berasal dari Bangkat iaitu sebuah tempat di negeri India. Di Bangkat, dikir ini dipersembahkan untuk memuja dewa-dewa Hindu.

Persembahan Dikir Barat
Di India, persembahan dikir dibawa ke Siam kemudian berkembang pula ke Kelantan. Bentuk asal dikir barat ini hanyalah terdiri dari nyanyian juara dan awok-awok sahaja.
Adalah dipercayai pantun-pantun yang disampaikan oleh tukang karut adalah ciptaan Mat Leh Tape.

Alatan Muzik Dikir Barat       



Sumber: Weblog Salam Pantai Timur
Foto: Google Image

No comments: