SELAMAT DATANG KE BLOG KELATE ORI ... BEREH BLAKO SOKMO!

Search This Blog

Saturday, 18 December 2010

MAKANAN: KETUPAT DAUN PALAS

Ketupat Daun Palas @ Ketupat Pulut
Ketupat daun palas adalah sejenis kuih tradisonal yang popular di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan biasanya dihidangkan sebagai juadah utama ketika sambutan hari raya.

Pokok Daun Palas
Ketupat daun palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang dengan menggunakan daun kelapa.Ketupat palas pula berbentuk tiga segi dan dibungkus mengunakan daun palas.

Kelongsong Daun Palas yang dibentuk untuk pembungkusan.
Beras yang digunakan untuk menghasilkan ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala ketupat daun menggunakan beras nasi.Santan kelapa juga digunakan untuk membuat ketupat daun palas ini dan kuantiti penggunaan santan ketika mengadun beras pulut akan banyak mempengaruhi kelazatan ketupat tersebut.

Ketupat yang siap dibungkus dan akan di rebus@kukus.
Proses pembuatannya juga agak rumit jika dibandingkan dengan pembuatan ketupat nasi,dimana beras pulut yang hendak digunakan perlulah dikukus terlebih dahulu kemudian diadun dengan santan kelapa,kemudian pulut akan dibungkus dalam daun palas yang telah di buka dan di bentuk terlebih dahulu.Selepas ia siap di bungkus,sekali lagi ia akan dikukus atau direbus.Proses pembuatan ketupat ini akan mempengaruhi mutu dan ketahanan ketupat yang dihasilkan.

Ketupat Daun Palas berintikan serunding daging.
Terdapat banyak jenis ketupat palas mengikut bahan yang dicampurkan ke dalam pulut.Ada yang dicampur serunding,kacang merah manakala yang tidak dicampurkan bahan lain biasanya dipanggil ketupat lemak.
Ketupat palas ini biasanya dihidangkan,dimakan bersama manisan yang dicairkan,rendang ayam atau daging,serunding ayam atau daging.Seringkali juga ketupat palas ini akan digoreng terlebih dahulu sebelum dimakan, bergantung kepada citarasa pengemarnya.
Ketupat Daun Palas yang siap dimasak.

No comments: