SELAMAT DATANG KE BLOG KELATE ORI ... BEREH BLAKO SOKMO!

Search This Blog

Saturday, 18 December 2010

SEJARAH: JAMBATAN GANTUNG SULTAN ISMAIL

Jambatan Gantung Sultan Ismail
Terletak berhampiran kawasan industri Batu Jong,di laluan persekutuan Kuala Krai-Kota Bharu,kira-kira 11 kilometer dari bandar Kuala Krai, Jambatan Sungai Nal atau Jambatan Gantung Sultan Ismail merupakan satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan yang mejadi medium perhubungan penting antara Kota Bharu dan Kuala Krai.Jambatan ini merupakan peninggalan sejarah yang dibina oleh British pada 1920 'an. Ia telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail pada 19 April 1932. Jambatan ini telah banyak memainkan peranan dalam peningkatan taraf hidup, taraf ekonomi penduduk di Kelantan.Sehingga kini ia masih gah berdiri kukuh sebagai monumen penting bagi daerah Kuala Krai walaupun setelah jambatan baru yang lebih moden telah dibina bersebelahan dengannya.

Pandangan dari jambatan baru bersebelahan

No comments: