SELAMAT DATANG KE BLOG KELATE ORI ... BEREH BLAKO SOKMO!

Search This Blog

Friday 17 December 2010

INFO: LATA BERANGIN, KUALA KRAI

Lata Berangin   

Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas.Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara  lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai. Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.

Keindahan Lata Berangin
Ianya amat sesuai dijadikan tempat berkelah dan beriadah kerana suasana yang tenang,jauh dari hiruk-pikuk kota,udara yang nyaman,dan keadaan kawasan semulajadi yang masih belum lagi tercemar.Pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang-jarang kita lihat masih terdapat di sini.
Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan.

Kawasan di mana 'angin' dapat dirasai.
Di beri nama Lata Berangin kerana angin yang terdapat di kawasan kolam utama air terjun tersebut.

2 comments:

Azlira Ramli said...

ambO g dOh ssini...comey sungguh...air sejuk,dingin..harap2 sangat tempat nie dikomersil kan...jdkan salah satu tempat tarikan di kelantan

Azuadee Ismail said...

itulah..sepatunya pihak PBT ambil langkah-langkah hok tertentu untuk mempromosikan tempat ni sebagai salah satu daya tarikan di Negeri Kelantan amnya..lebih khusus untuk membangunkan ekonomi penduduk sekitar Lata ini sendiri..