|
Lata Berangin | | | |
|
|
Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas.Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai. Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.
|
Keindahan Lata Berangin |
Ianya amat sesuai dijadikan tempat berkelah dan beriadah kerana suasana yang tenang,jauh dari hiruk-pikuk kota,udara yang nyaman,dan keadaan kawasan semulajadi yang masih belum lagi tercemar.Pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang-jarang kita lihat masih terdapat di sini.
Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan.
|
Kawasan di mana 'angin' dapat dirasai. |
Di beri nama Lata Berangin kerana angin yang terdapat di kawasan kolam utama air terjun tersebut.
2 comments:
ambO g dOh ssini...comey sungguh...air sejuk,dingin..harap2 sangat tempat nie dikomersil kan...jdkan salah satu tempat tarikan di kelantan
itulah..sepatunya pihak PBT ambil langkah-langkah hok tertentu untuk mempromosikan tempat ni sebagai salah satu daya tarikan di Negeri Kelantan amnya..lebih khusus untuk membangunkan ekonomi penduduk sekitar Lata ini sendiri..
Post a Comment