SELAMAT DATANG KE BLOG KELATE ORI ... BEREH BLAKO SOKMO!

Search This Blog

Friday, 17 December 2010

MAKANAN: NASI TUPAE (NASI TUMPANG)

Lapisan Nasi Tumpang
 
Nasi tumpang merupakan sejenis makanan tradisional Kelantan.Dipercayai  ianya telah dipasarkan di sekitar Kota Bharu terutamanya di Pasar Kubang Pasu sejak berpuluh tahun yang lalu.Ianya adalah sejenis makanan yang dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk kon.Dimana nasinya diletakkan bersilih ganti (layer) dengan lauknya.Kebiasaannya lauknya terdiri daripada udang,ikan,sambal ikan,gulai dan telur dadar.Nasinya agak lembik menyerupai nasi himpit.
Dipercayai,asalnya,nasi tumpang ini adalah salah satu hidangan di-raja,tetapi telah dijadikan sebagai bekalan oleh mereka yang mengembara serta mereka yang ke laut memandangkan ianya lambat basi dan mudah dibawa.Kini,ianya dijual di pasar-pasar terutamanya di Pasar Kubang Pasu namun dalam kualiti yang semakin menurun kerana popularirinya yang kian di pandang sepi.


Nasi Tumpang dibungkus dalam bentuk Kon

No comments: