SELAMAT DATANG KE BLOG KELATE ORI ... BEREH BLAKO SOKMO!

Search This Blog

Sunday, 12 December 2010

MAKANAN: TAPAI PULUT

Tapai Pulut


Tapai pulut merupakan sejenis makanan tradisional di Malaysia dan amat digemari dikalangan penduduk pantai timur, terutamanya Kelantan.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun khas biasanya daun getah,daun pisang,daun rambai dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam dan manis.


Tapai Pulut

Terdapat beberapa kepercayaan di dalam proses membuat tapai pulut ini antaranya;

1- Mereka yang hendak membuat tapai pulut ini hendaklah berada dalam keadaan bersih,tidak boleh dalam keadaan 'datang haid' kerana dipercayai ia akan mempengaruhi
tapai yang di buat tersebut.Dikatakan tapai pulut itu nanti akan tidak 'masak', masam dan pulutnya akan berwarna kemerahan.

2-Untuk membuat tapai pulut ini juga tidak boleh di kecoh-kecohkan.Dipercayai tapai pulut ini tidak akan 'masak' walaupun setelah diperam sekian lama.

Namun,itu adalah kepercayaan masyarakat tempatan.Kebenaran tentang kepercayaan itu hanyalah diketahui oleh mereka yang telah benar-benar mengalaminya
.
Membungkus Tapai Pulut

Di Kelantan khasnya, tapai pulut seringkali dihidangkan di musim perayaan. Ia juga mula mendapat sambutan ramai di mana ia juga telah mula dijual di kedai-kedai kopi, restoren-restoren seluruh Malaysia.

No comments: