Akok Kkedut
Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu (Akok kkedut) dan akok bunga atau dikenali juga akok kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengadunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.
Akok Bunga @ Akok Kemboja
Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini juga amat popular ketika bulan Ramadhan. Rasanya yang lemak manis amat digemari oleh semua peringkat usia. Bahan utama dalam menghasilkan kuih ini adalah telur , gula melaka, tepung gandum dan santan. Cara untuk menghasilkannya juga agak menarik dimana ianya akan dibakar menggunakan api atas dan bawah sebagaimana proses membuat kuih bahulu. Bezanya Cuma dari segi penggunaan acuannya sahaja dimana, untuk menghasilkan kuih akok seseorang itu perlu menggunakan acuan kuih itu sendiri.
Proses Membuat Kuih Akok Secara Tradisional
Para pembuat akok di Kelantan ini asalnya terdiri dari mereka yang berasal dari Pattani atau kawasan sekitar yang sememangnya mempunyai persaudaraan dengan penduduk Kelantan. Rahsia resepi untuk menghasilkan kuih akok yang lazat serta menimbulkan selera pemakannya adalah pengadunan kuih akok ini sendiri.Biasanya penggunaan telur yang banyak akan menghasilkan kuih akok yang berkualiti lembut,gebu serta enak apabila di makan.Kuih akok ini sesuai di makan oleh semua dan lazimnya dihidang bersama juadah minum petang.Namun,pemakanan secara berlebihan adalah tidak digalakkan kerana kandungan gulanya yang agak banyak dan boleh memudaratkan kesihatan.
.
Acuan Kuih Akok Tradisional
Sumber: Jabatan Warisan Negara.
http://ms.wikipedia.org
1 comment:
salam, teringin buat kuih ni tapi takde acuan, tu yg jumpa blog ni...thanks for the info.
Post a Comment